Saturday, December 31, 2011

Tahun Pertama (Sept 2008-Ogos 2009)

Semester 1

30 Ogos 2008 : Sampai untuk kali pertama menjejakkan kaki di Queen Alia Airport, Jordan. Hanya kami bertiga..aku (Mafraq), Kak Fizah (Muktah), dan juga Husna (Irbid).Untuk batch aku, i am the first junior yang tiba. Yang ambil aku dekat airport, Siti Munirah Roslan. Sambut dekat asrama, kakak-kakak dan seniors sebaya yang dekat di hati

Roommate pertama : Zainab Asbullah (orang Kelantan, muda 2 tahun, budak pandai)

Awal September : Terima kedatangan kawan-kawan dari YT( Terengganu), Kedah, YIK (Kelantan), private, dan macam-macam tempat lagi. Pergi ambil darah untuk urusan iqamah, beli barang-barang keperluan. Ada kenangan manis di situ. Pertama kali puasa di sini (Mafraq). Masa ini juga ada diadakan Imtihan Kafa'ah untk Markaz Lughah. Aku dengan bajet konon tak mahu lepas, Allah 'lepaskan' juga berdua dengan Jannah. Maka Bismillah..kami melangkah ke dewan-dewan kuliah.

Roommate kedua : Syarifah Wirdah Al-Hassan (orang Sarawak, muda 3@4 tahun, genius)
Roommate Arab : Aku lupa siapa nama dia.

Oktober : Raya Eid Fitri di perantauan. Ok, this time i cried so much. Macam orang tak ingat dunia. Pagi raya, aku memang takde mood. Lepas makan-makan dengan apa yang ada, aku cari tilam dan bantal. Orang lain sibuk ber'posing' sakan tangkap gambar, aku boleh layan tidur tak ingat dunia...

Disember : Raya Haji.. masa ni aku tak nangis-nangis dah. Haha, dah mula belajar rasa seronok beraya di perantauan. Ada budaya yang aku belajar masa ni. Ada persembahan yang kami lakukan sempena raya haji..Dan aku masih simpan lagi video-video tu..Sangat menggelikan hati ^_^

Januari : Jaulah Jordan..pergi jaulah selama 3 hari 2 malam dengan bayaran 15JD. Jaulah yang terkesan, sebab ada beberapa pengisian dalam jaulah yang menyentuh hati. Pergi masa ni tak ramai mana, sebab jumlah keseluruhan akhawat juga dalam kuantiti yang minima di bandingkan dengan sekarang.

Kesimpulan : Ada beberapa perkara yang aku diuji hebat masa ini. Tak payah la rasa nak mention dekat blog. Siapa-siapa yang 'sezaman', kebanyakkan tahu kisah ni.. ^_^.
Sungguh, aku sebenarnya sangat banyak belajar tentang SABAR.


Bersambung.....

2 comments:

  1. aku nak sambung citer ang buleh?
    walaupun aku lambat satu fasal idup sezaman ngn ang..wahaha

    ReplyDelete