Saturday, April 30, 2011

Luahan Hati

Kadang-kadang bila kita rasa kita perlukan seseorang..
untuk paling tidak tadahkan telinga
tolong dengar apa yg berbuku-berbekas dalam hati
pun da cukup bagus aku rasa.

zaman-zaman aku rasa 'down' sekarang ni,
jangan la nak mengharap nak dapat pinjam bahu sesapa...
kot-kot la dapat tumpang nangis barang seketika dua..

sumpah, aku perlukan sesuatu keadaan
yang boleh aku cool-down kan rasa emosi aku
jerit ke..kongsi ke..apa ke..
tapi aku tak berpeluang nak buat tu semua!

satu keadaan di sini aku rasa, Allah memang betul-betul
nak ajar kat aku supaya tak usah bergantung pada yang lain
DIA tak bagi aku cari orang lain kalo nak suh dengar..
DIA tak bagi aku cari bahu lain kalo rasa nak nangis sangat-sangat sekali pun!

DIA nak suh aku cari DIA jugak!!
sebab apa??
sebab aku tahu...
kalau aku cari orang lain..
belum tentu mereka-mereka itu mampu la konon nak ubat hati aku..
sekadar bagi lega sikit dalam hati mungkin la...
kira bagi 'painkiller' la cakap manusia sekarang
sedangkan yang aku perlukan bukan 'painkiller'
tapi 'ubat' terus..!

kebelakangan ni, aku banyak sorang-sorang melilau sana-sini
pergi Amman sorang..pergi Irbid sorang..
balik dari Muktah sorang-sorang pun pernah!
apa aku nak heran??
Allah kan ada dengan aku??

sedap je mereka cakap..
"jangan pergi mana-mana sorang diri"
bila aku mintak teman...
ada korang sanggup nak temankan aku???
ada??ada??
takde kan???
jadi, jangan rasa nak marah poyo tak tentu pasal bila aku buat benda-benda camni!

dari kecil, aku dah biasa sorang-sorang
korang tak payah la nak risaukan aku
bajet bagus la konon ambil tau berat pasal benda-benda gini ni??
sembang kemas je la!

kalau orang tanya aku sekarang ni,
"apa perasaan kau sekarang ni?"
aku akan jawab...
"aku rasa nak meletop-letop marah memberontak!!"

benda yang aku tak buat, aku jugak kena salahkan
bila aku cepat-cepat nak selesaikan masalah atau konflik,
orang tuduh aku terburu-buru atau tak sabar
bila aku senyap malas nak cakap..
korang cakap aku tak ambil tau pasal korang!

boleh tak korang husnuzhon sikit kat aku??
tak banyak mana pun aku minta...
paling-paling, considerla keadaan aku sebagai manusia biasa..
yang paling tidak, ada rasa marah, geram, sakit hati..
emosi-emosi yang negatif ni
bukan aku takde langsung..
aku ada!! memang ada rasa-rasa macamni..!!

mentang-mentangla aku ni jenis depan orang 'tarapappa-yeah'
sengih senyum selebar mana kalau boleh
orang buat apa kat aku..kira boleh senyum je..
tapi hati aku tak macamtu!!
hati aku banyak menangis pilu
hati aku da banyak tertiris sembilu..
cuma orang tahu tak tahu je..

Ya Allah..
tak salah kan aku tulis dalam belog aku sendiri
apa yang aku rasa??
tak salah kan aku nak mengamuk dalam belog aku sendiri?
dari aku hamburkan marah pada jiwa manusia??

Ya Allah....
ampunkan aku Ya Allah..
banyak dosa aku dengan Allah
apatah lagi sesama manusia..
sesama korang-korang..mereka-mereka..dia-dia..awak-awak di sana

Ya Allah...
bukakkan hati orang-orang yang pernah aku buat dosa
supaya mereka-mereka ni ampunkan aku dengan seikhlas hati...
supaya hisab di ahlirat nanti,
timbangan amal dosa aku tak berat
dengan dosa sesama manusia nak bawak menghadap KAU..

Saksikan Ya Allah...saksikan ya Allah..saksikan ya Allah..
bahawa aku ampunkan dosa-dosa mereka..makhluk-maklhluk KAU ini
yang pernah membuat aku rasa terzalim dan juga dizalimi
dengan hati yang 'khalas' dan 'balash'

~Kutulis dengan menangis, moga menjadi pengingat yang terwaris~

-Mafraq
-7.25 pagi
-1/5/2011