Monday, August 16, 2010

Biasalah tu....huh?

Bismillaah



Hari ni aku solat cukup lima waktu

Hari ni aku keluar masih lagi dengan tudung menutup kepala

Hari ni satu lagi muka surat al quran dapat aku habiskan

Hari ni aku masih lagi ISLAM




Tapi esok belum tentu solat itu cukup limanya

Esok boleh saja tudung itu terbang entah ke mana

Esok tak mustahil al quran itu cuma dipandang sebelah mata

Dan esok (nauzubillah) boleh2 saja ISLAM itu tertanggal terus selamanya




Allah punya kerja,siapa tahu?




Tadinya aku disentap dengan pemikiran sendiri-bahawa hilangnya roh dalam ibadah kita sehari2 mungkin kerana kita menganggap ibadah2 tersebut suatu rutin,suatu kebiasaan bukannya suatu nikmat yang harus disyukuri setiap saat.Oleh kerana gagalnya kita untuk bersyukur,maka kita merasa cukup dengan sekadar menunaikan solat itu dengan niat,mencukupkan rukun dan mencukupkan bilangan sehari2.



Oleh kerana kita gagal bersyukur maka kita merasakan cukuplah kita sekadar bertudung,menutup kepala tanpa peduli aurat pada anggota tubuh yang lain.

Oleh kerana kita gagal bersyukur maka kita merasakan cukuplah kita membaca al quran sekadarnya,memilih surah2 tertentu untuk dibaca.Jauh sekali mahu bertadabbur,menggali isi makna ayat2 cinta dari Allah.

Dan oleh kerana kita gagal bersyukur maka kita merasakan cukuplah ISLAM itu dalam kad pengenalan semata2 tanpa mahu membawa ia sebagai cara hidup kita yang mutlak.

Soal mengapa kita gagal merasa syukur,itulah,seperti yang aku katakan tadi kerana kita menganggap setiap yang ibadah yang kita lakukan ini sebagai kebiasaan,sebagai rutin semata2.



Biasalah aku solat cukup lima.

Biasalah aku keluar pakai tudung.

Biasalah aku mengaji hari2 lepas maghrib.

Dan biasalah tu kalau aku masih ISLAM hari ni.

Apahal tiba2 aku nak murtad pulak?

Gilo apo?






Eh2…

Beb,luar biasa sebenarnya bila kita mampu solat cukup lima kerana raaaaaaaaamai umat Islam di luar sana yang bilangan solatnya cuma dua,cuma tiga,cuma satu malah ada juga yang sifar!Adalah luar biasa sebenarnya bila kita mampu cukupkan rukun solat sedang ada saudara kita rukun solat yang pertama pun tak setel lagi kerana tidak ada ilmu (hah,rukun solat yang pertama apa?haa).

Dan betapa ramai yang tidak berilmu ini,tidak tahu solat ini teringin sangat2 untuk bersolat,mengecap nikmatnya solat tapi kita yang ada kemampuan solat sesempurnanya kerana cukup ilmunya gagal merasai nikmat tersebut,gagal mendapat manfaat solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.Alangkah ruginya!Ohh~

Maka poinnya di sini,tidak ada yang biasanya tentang solat.Solat itu luar biasa kerana hanya segelintir manusia sahaja yang Allah pilih untuk menghadap Dia pada waktu2 yang telah ditetapkan lima itu.Kalau kita mampu merasakan bertuahnya kita kerana terpilih diberi kemampuan untuk bersolat dalam sibuknya kita melayan urusan dunia,melayan kerenah hawa maka aku yakin saat kita mengangkat takbir itu akan menjadi saat paling menusuk jiwa.Sujud kita itu akan menjadi suatu ketenangan,akan menjadi suatu moment yang kita merasakan sangat dekat pada Tuhan.

Begitu jugak halnya dengan tudung di kepala.Kalau kita pandang sekeliling,tidak ramai saudara2 perempuan kita yang ada kemampuan untuk menyorokkan rambut ikalnya.Tak perlu pusing 360 darjah mencari,cukuplah berhenti di sudut 45 maka kita akan melihat model2 sunsilk,rejoice dan head and shoulder live di depan mata.Suatu hal yang menginsafkan bila aku tau salah seorang dari model2 tanpa niat ini tahu yang dia salah,maklum kewajipan bertudung tapi tak ada kemampuan.Tak ada kekuatan.Persekitaran tak membantu dan sebagainya lalu dia menjerit2 dalam hati melalui hari2 dengan rasa berdosa dan penyesalan.Belum lagi kisah orang yang tak bertudung disalah anggap sebagai non muslim.

Tapi kita yang dengan mudahnya bertudung,berlilit2 di kepala gagal menghargai nikmatnya tudung.Gagal menghargai identiti muslimah yang kita bawa.Kita masih lagi berpakaian ketat,berlengan pendek,berjeans sendat.Belum lagi masuk soal pergaulan yang makin kita lupa batas2nya.

Aku tuding lima2 jari pada aku muslimah2 sekalian.

Dan untuk ISLAM sendiri mungkin kerana kita gagal melihat betapa kosongnya hidup2 manusia yang tidak diberi hidayah dan betapa peritnya hidup orang yang masih tercari2 makna kehidupan makanya kita gagal bersyukur.Disebabkan kita gagal bersyukur maka kita rasa cukuplah aku masih ISLAM masih mengaku yang Allah itu Tuhan.Tak sembah berhala dan sebagainya.Dan mungkin disebabkan kurangnya bersyukur kita dengan akidah yang kita ada maka amat payah untuk kita menyebar2kan kebaikan.Untuk meletakkan sepotong hadis atau ayat al quran atau seruan2 yang mengingati Tuhan pada status Facebook sekalipun terasa berat.Dek kerana kita gagal merasa nikmatnya ISLAM yang kita dapat tanpa apa2 bayaran ini,mengakibatkan kita gagal untuk berkongsi nikmat tersebut bersama orang lain.



Gagal memiliki masakan mampu memberi?Tak gitu?

hmm...




Mungkin hari ni kita boleh mula bersyukur dengan menganggap nikmat2 yang ‘biasa’ itu sebagai sesuatu yang luar biasa.Mula merasakan kita2 ini sebagai manusia terpilih kerana tak semua manusia itu mendapat hidayahNya.Takut2 kalau kita gagal bersyukur hari ni esok lusa Allah akan tarik segala nikmat 'biasa' yang kita ada.




Makanya akhir kalam,

Selamat bersyukur semua orang =)


kredit pada blog asal :
http://anamunawwarah7.blogspot.com/

Saturday, August 14, 2010

Cerita-cerita Hantu...

Pernah dengar tak kisah-kisah dari buku Tamar Jalis? Ada sesiapa yang ada collection buku-buku tu?

Sangat merindui nak baca buku-buku Siri Bercakap Dengan Jin...'femes' betul buku tu pada zaman 'dolu-dolu'..

Agak-agak, budak-budak zaman sekarang pernah dengar tak nama Tamar Jalis?? Aku rasa konfirm ramai yang tak tau..budak-budak zaman sekarang, apa la yang diorang tau??

Aku takmau versi ebuk...tapi aku nak buku yang asli..erm..mybe ada kot orang yg jual online..

Thursday, August 12, 2010

Kata-kata menguatkan jiwa

Semoga kamu merasa kemanisan,
sedangkan akhirat itu penuh kepahitan..

Semoga kamu menjadi redha,
sedangkan manusia marah..

Semoga ada orang memakmurkan,
di antara aku dan kamu,
sedangkan di antara aku dan
dunia ada kehancuran..

Jika benarlah kamu mempunyai
perasaan kasih,
maka semuanya menjadi mudah..

Dan...

Setiap sesuatu yang berada
di atas tanah
adalah tanah...

Perkara Ajaib Tersembunyi Dalam Minda




Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda


Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringlah hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingati seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama InsyaAllah dia akan mengingati sesuatu yang baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi


Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih.

Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya.

Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon.

Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang meluap-luap tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya.

Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda terangsang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya.

Secara realiti, orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.