Saturday, May 7, 2011

Cerita Tentang Ayah..




Tahun ni, genap umur ayah 50 tahun...
ayah bukan kuat tenaga macam dulu
kalau dulu...
drive sorang-sorang MANJUNG-JOHOR BAHRU pun takpe
sekarang...
mengharapkan bantuan anak-anak untuk drive

Ayah selalu sakit kaki sebab GOUT..
dari zaman kami kecil-kecil lagi
ayah dah lama 'menderita' dengan sakit GOUT..
dan sekarang...
Allah uji ayah dengan kesakitan kaki juga..

Ayah rupa-rupanya kemalangan hari khamis hari tu..
balik dari kerja, nak kona singgah beli goreng pisang
untuk buat minum petang kat rumah..
alih-alih kemalangan..
padahal kalau kira, ayah bawa motor jenis yang cermat..

Benda nak jadi, nak buat apa kita untuk merubah kuasa Tuhan?
dan..ayah juga rupanya tak bagi anak-anak dia tahu langsung
pasal kemalangan ni..
mujurlah Bangchik baca fb ayah..dan tertengok satu gambar kepunyaan kawan ayah..
bila telefon je ibu..
masa tu lah baru ibu cerita pasal perkara ni.
dan dari sini la baru aku tahu...
kalau tak, sampai bila-bila aku takkan tahu..

Ayah..moga segera sembuh..
k.long serahkan ayah, ibu dan adik-adik dalam jagaan Allah..
kerana itulah sebaik-baik jagaan..

No comments:

Post a Comment