Wednesday, May 18, 2011

Penagih Dadah...


Sekarang ni keadaan diri aku mewajibkan aku
untuk tiap-tiap hari kena ambil ubat..
dan tiap-tiap hari juga la
badan rasa menggeletar sejuk panas..
pastu macam tak cecah kaki ke dunia..
menerawang entah ke mana..

kalau tak ambil..
sangat-sangat rasa tak sedap badan..
ambil pula...
rasa macam PENAGIH DADAH..

jangan tanya aku ambil ubat apa..
sakit apa..dan sebagainya...
sebab aku pun tak tahu nak beritahu orang cemana...

nak-nak pulak sekarang ni musim peperiksaan
ambil ubat-ubat ni menyebabkan aku sedikit
'tak berapa nak endah' tentang study aku..

Allah...
tak larat nak kena telan ubat tiap-tiap hari..

p/s: mahu beralih kepada Tibb An-Nabawi...

Saturday, May 7, 2011

Cerita Tentang Ayah..




Tahun ni, genap umur ayah 50 tahun...
ayah bukan kuat tenaga macam dulu
kalau dulu...
drive sorang-sorang MANJUNG-JOHOR BAHRU pun takpe
sekarang...
mengharapkan bantuan anak-anak untuk drive

Ayah selalu sakit kaki sebab GOUT..
dari zaman kami kecil-kecil lagi
ayah dah lama 'menderita' dengan sakit GOUT..
dan sekarang...
Allah uji ayah dengan kesakitan kaki juga..

Ayah rupa-rupanya kemalangan hari khamis hari tu..
balik dari kerja, nak kona singgah beli goreng pisang
untuk buat minum petang kat rumah..
alih-alih kemalangan..
padahal kalau kira, ayah bawa motor jenis yang cermat..

Benda nak jadi, nak buat apa kita untuk merubah kuasa Tuhan?
dan..ayah juga rupanya tak bagi anak-anak dia tahu langsung
pasal kemalangan ni..
mujurlah Bangchik baca fb ayah..dan tertengok satu gambar kepunyaan kawan ayah..
bila telefon je ibu..
masa tu lah baru ibu cerita pasal perkara ni.
dan dari sini la baru aku tahu...
kalau tak, sampai bila-bila aku takkan tahu..

Ayah..moga segera sembuh..
k.long serahkan ayah, ibu dan adik-adik dalam jagaan Allah..
kerana itulah sebaik-baik jagaan..

Thursday, May 5, 2011

Cerita Tentang Ibu...



Ni gambar aku dengan ibu (bersama adik arwah nenek)
gambar ni masa raya tahun lepas, tahun yang aku balik Malaysia
bila aku check balik banyak-banyak gambar,
rupanya ada beberapa keping je gambar yang aku tangkap dengan ibu
tak banyak pun gambar aku dengan ibu..
tak sampai 10 keping pun..

Bohonglah kalau aku tak sayangkan ibu..
tapi, bohong jugalah kalau aku tak pernah lukakan hati ibu
ada satu persoalan selalu main dalam kepala otak aku..
kenapa mesti kita selalu sakitkan hati orang yang kita sayang
dengan perangai kita yang dia tak suka??

Dalam ramai-ramai anak ibu..
aku la yang selalu buat ibu 'tinggi suara'
selalu je 'naikkan darah' ibu..
selalu buat ibu rasa geram bila dengan aku..
sampai ibu pun pernah cakap dengan someone kenalan aku..

"dia balik ni asyik cari gaaaaduh je dengan mak dia"

tak pernah ibu keluar kenyataan tu dengan kawan-kawan adik-adik aku
adik-adik lelaki aku pun jarang buat ibu rasa macam tu
tapi..aku la yang selalu buat ibu rasa menjeruk hati.
orang kata..hati kita lagi luka bila melukakan orang juga..
yup..!! itulah sebenarnya yang aku rasa
bila aku buat ibu terluka dan terus terluka dengan diri aku sendiri...

pernah ke ada sapa-sapa yang nak cari pasal dengan mak sendiri?
aku yakin, memang tak pernah samada secara sengaja mahupun tak..
dan aku sendiri..memang tak pernah ada niat nak menyakitkan
hati sapa-sapa terutama sekali dengan ibu masing-masing..

antara hikmah besar Allah campakkan aku jauh sangat
dari pandangan dan jagaan keluarga..
mungkin disebabkab perkara ni..asyik buat mak ayah sakit hati je
maknanya...aku tak boleh duduk dekat dengan diorang
kalau tak nanti, mesti lagi banyak dosa aku
makin dekat, makin diorang selalu marah ..
jauhnya aku dengan keluarga..mengurangkan lagi penambahan
dosa-dosa yang dah sedia ada kat bahu kiri aku..

Banyak benda yang kalau ibu bagi dan buat untuk aku,
aku memang sayang sangat-sangat..
antaranya dulu..ibu pernah belikan aku jam (pertama kali aku rasa)
ibu hadiahkan aku bingkai cermin mata baru (takla mahal macam orang lain)
selepas hampir 3 tahun aku pakai cermin mata harga RM15
yang tak silap, aku beli kat Pasar Pagi KKB
ibu buatkan untuk aku sambal goreng malam sebelum balik
itu la satu-satunya makanan yang aku tak pelawa orang lain makan sekali
sebab sayang...ibu buat sendiri untuk aku...
aku makan pun dikit-dikit..sayang nak habiskan semua
ibu bagi kain telekung..aku guna dari form 1(aku rasa sayang sangat)
biar la orang nak kata kain telekung aku lusuh ke..
dah boleh buat kain lap dapur ke dan sebagainya..
selagi benda tu dari ibu..
aku tetap sayang..
sebab ibu aku jarang nak memberi macam orang lain.
jadi bila dah dapat..aku akan hargai sungguh-sungguh

Aku ingat lagi masa aku dalam kelas..
Dr.Mohd Khateeb cerita tentang kisah Ashaabul A'raaf..
masa tu diceritakan bahawa golongan ni ada minta amalan
pada mak mereka..
tapi, mak mereka taknak bagi..
sebab masing-masing masa hari hisab tu,
tak cukup amalam untuk menyebabkan masuk ke syurga..

Terus aku menangis bila DR sebut tentang minta amalan dengan mak tu..
air mata aku memang berjujur-jujuran keluar dalam kelas tu
aku terfikir-fikir..tersentap...tertanya-tanya..

"ya allah...macam tu juga ke nanti ibu dengan aku masa dekat Hisab? mesti ibu juga takkan sanggup nak bagi amalan dia untuk aku kalau aku dalam keadaan macamtu"

Sungguh...
aku sayangkan ibu aku..
biarpun aku la anak dia yang selalu sangat menyakitkan hati dia
berbanding adik-adik aku yang lain.
dan biarpun ibu ada anak-anak yang lain untuk diberikan
perhatian, kasih sayang, doa, rahmat, dan yang lain-lain lagi..
aku tetap hanya punya seorang ibu..
Allah tak anugerahkan aku ramai ibu..
tapi sorang je ibu..
SORANG JE..!!
yang sorang ni la yang sakit 3 hari 3 malam
nak melahirkan aku..yang membesarkan aku..
yang ajar aku baca, ngira dan ngaji (biarpun aku la yg paling lambat pickup)
yang kadang-kadang menceritakan pengalaman masa silamnya dulu pada kami..
supaya mengambil pengajaran dan ibrah untuk kehidupan akan datang..

Makanya...harusnya..wajibnya...
aku untuk menyayangi ibu yang dah semakin tua ini dengan sepenuh hati..

Ya Allah..saksikan...saksikankah Ya Allah..
sesungguhnya aku sayang kepada ibuku keranaMU ya Allah...

"Ya Allah, ampuni dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua ibu bapaku..dan rahmatilah mereka..sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi dan merahmatiku semasa aku kecil.."